Thursday, August 18, 2011

When Our Bestfren Getting Married...

 
Hemm..sebenarnya bila dah kawen ni,betul ke kita akan kehilangan rakan-rakan yang rapat dgn kita?? Sebenarnya tak baik macam tu..kalau bulih memang sebenarnya nak kekal kan je tali pusat yang ada..bukan apa..takkan lah kita nak jadikan perkahwinan tu pemutus tali pusat kita ye tak?cakap memang senang ek..huhuhu,bila dah berkahwin komitmen makin besau..kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun dah takde( ayat kunun ler awok tu PM)...hikhikhik...

 

Kadang-kadang bila nak berkumpul (gathering) dgn member lama mesti takkan cukup dah korum...susah nak bagi semua ada . antara alasan yang selalu diberi (termasuk dengan mokcik punya alasan) :

 

1- "cousin aku wat cukur jambul anak dia la..sori ek"

2- "tempat kerja suami aku ad wat buka puasa time tu..sori ek"

3- "ala..korang..aku skrg kat ***,.. jauh laaa....sori ek..."

4- "korang cakap lambat la..aku dah ada plan lain..sori ek "

 

 

Susahkan..kan...kan..kan???tapi apa pun,bulih je kita nk kekalkan hubungan kekawanan yang terjalin tu...skang ni kan dah banyak medium yang bulih diguna...fesbuk,tweeties,BBMw...bulih mesej-mesej..tanya kabo...takdela kawan tu beranak pinak pun kita tak tahu...ye tak?

 

Yang penting pasangan kita mestilah tahu dan kenal dengan siapa kita berkawan,kalau dah kenal tu senang sikit..dan tentunya mereka akan lebih faham.

 

sekian saja untuk arini..panjang pulak menaip...yang penting berkahwin bukan penyebab takde kawan-kawan occay...tapi makin membanyakkan kawan sebab kawan-kawan kepada pasangan kita pun akan jadi kawan-kawan kita jugak kan...

 

Occay..salam ramadhan :)

Monday, August 15, 2011

BerBuka Pose d' Restoran Village View



Semalam, 14/08/2011...shma & mr cool g berbuka puase bersama mr cool punya "boyprenss". Lokasi dituju adalah Jalan Reko,Kajang. Tak kusangka wujudnya kedai yang best dekat area kajang ni walaupun selalu jugak bermundar mandir di situ.

Oleh kerana terlampau excited gamaknya, pukul 6 petang weol dah sampai..ad sejam lebih lagi nak menunggu.

Oleh kerana tak mahu menunggu terlalu lama..weol pun ambil keputusan nak g bazar ramadhan jelar..usha apa-apa yang patut sebagai menu tambahan.

Oleh kerana takut tak termakan hidangan yang dah di "order", shma & mr cool beli puding caramel je....konon untuk desert la..

Oleh itu,masa berbuka pun tiba...masing-masing terus menerpa hidangan-hidangan yang ada...boleh katakan macam pirana pun ye gak... (Gaya ayat macam ketandusan idea...)



Lepas makan...solat...beransur-ansur pulak ke tempat lain.....jojom enjoicess pic which taken by SHiiMaSHii...(dah tentulah gamba den takkan kelihatan...:( )








Wan & Pinky Gurl (xsempat tanya nama)


Wan & Mr cool bermesra-mesraan..ouchh...xrela u....hahahaa

duta "KEMPEN MENUTUP AURAT"..yang hadooo...hikhik


Zeirul & (",)....nipun tak sempat tanya nama..apeda...



 Mereka lagi....hukhukhuk...pic shma & mr cool tiada la pulak...cedey2...


(",)

Tuesday, August 9, 2011

im married!!




Walaupun dah sebulan berlalu tp still nk beritahu jugak dekat sini yang "Saya dah menikoh"....hehhehe
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar walaupun takdelah nk perfect mana..
Adalah terkucil ckit sana sini...biasala kan kalau buat majlis,mestilah akan ada ke"kurengan" nya..tp its ok as long as semua hepi-hepi aje...
Kalau nk pefect sangat tu susahler dik...nanti terover cedey pulak kalau apa yang diinginkan perfect sgt tu xdapat nk direalisasikan ketika majlis berlangsung...cukupla sederhana-sederhana aje...
Yang penting ketika majlis :
1- cuaca amat baik sekali(mulut terkumat kamit dik membaca ayat-ayat al-quran yang disarankan---bukan mentera taw,silap baca boleh kene panah petir...hikhik..
2- makanan dan minuman untuk para tetamu mencukupi (takut juga kalau makanan tak cukup dan terpaksa masak lagi...kesian yang datang nak kene menunggu bagai dan secara tak langsung nya menjadi buah mulut orang sekeliling)

3- diberi kesihatan yang baik (alhamdulillah..walaupun seminggu sebelum majlis mengalami batuk selsema yang teruk (sinusitis)..mak pun nampak sihat---orang kuat majlis mesti kena sihat...kalau ada ahli keluaga yang tak sihat pun,pening jugak nak fikir...sebeb merekalah yang banyak membantu kan...

4- tetamu---kalau takde tetamu tak meriahla sangat majlis..sebelum majlis selalu risau "ada ke org nak dtg majlis aku ni?"..Syukur pada Allah...ramai juga yang datang..saudara mara jauh dekat..rakan-rakan jauh dekat..musuh-musuh jauh dekat...ada ke???mana tau..musuh dalam selimut...huhuhu..nauzubillah...




***Sangat merindui saat-saat ketika sibuk membuat persiapan kahwin...berlari sana sini..beli barang-barang..mengemas rumah....ahhh..cepatnya masa berlalu....i will miss that moment abadan abada.....:))