Monday, December 19, 2011

Perkongsian Bersama : Balasan Bagi Orang Yang Meringankan Beban orang Lain.

  Maksud Hadis Rasulullah S.A.W :
 
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda :
" Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat.
Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat.
Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim,pasti Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak.
Allah pasti akan menolong hambanya sebagaimana hambanya berusaha menolong saudaranya..."
 
(Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim) 
 
 
Pengajaran Hadis :
  • Kelebihan membantu melepaskan kesusahan orang beriman, sama ada pada anggota badan mahupun harta mereka,adalah antara sebab untuk selamat daripada bebanan di hari kiamat.
  • Sesiapa yang meringankan beban orang lain, lebih-lebih lagi orang yang berada dalam kesusahan,Allah s.w.t akan memberikan DUA BALASAN kepadanya iaitu KEMUDAHAN DI DUNIA dan KEMUDAHAN DI AKHIRAT. Ini adalah janji Allah dan Rasul-Nya.
  • Allah s.w.t akan menolong orang yang membantu seseorang yang lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
  • Dalam hubungan kita sesama saudara yang lain kita perlu sentiasa menutup keaibannya. Sudah pasti sebagai balasannya Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak.
  • Janganlah kita mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan orang lain.
  • Realiti hidup masyarakat pada hari ni, kebanyakan mereka lebih suka untuk menjatuhkan orang lain dan mementingkan diri sendiri daripada sama-sama membantu untuk mencapai kejayaan.
 
**sekarang ni lagi ramai yang suka buka aib orang dari tutup aib orang....
 
(Cedokan dari Laman Tafaqquh BMMB)
 
 

No comments:

Post a Comment