Friday, December 23, 2011

Perkongsian Bersama : Kisah Rasulullah & Buah Limau


Suatu hari  Rasulullah S.A.W. didatangi oleh seorang wanita kafir.Ketika itubaginda bersama beberapa orang sahabat.Wanita itu membawa beberapa biji  buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh RasulullahS.A.W. seulas demi seulas dengan tersenyum.


Biasanya Rasulullah S.A.W. akan makan bersama para sahabat,namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. RasulullahS.A.W. terus makan. Setiap kali dengan senyuman,hinggalah habis semua limau itu.Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,diiringi ucapan terima kasih dari baginda.Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah S.A.W.itu.


Lalu mereka bertanya.Dengan tersenyum Rasulullah S.A.W. menjelaskan "Tahukah kamu,sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama,aku bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.Aku bimbang hatinya akan tersinggung.Sebab tu aku habiskan semuanya."


Begitulah akhlak Rasulullah S.A.W. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,dan dari orang bukan Islam pula.Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan RasulullahS.A.W. dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.Malangnya tidak berjaya.Rancangannya di'TEWAS'kan oleh AKHLAK MULIA Rasulullah S.A.W.


Oleh itu, kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita.Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.Malah sikap menghormati dan memuliakan orang lain amat disukai dan dianjurkan oleh Islam.Wallahua'lam.
(Dicedok dari Laman Tafaqquh BMMB)

Tuesday, December 20, 2011

Just For Fun..

Santai : Ayam Panggang



Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai...
Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik."
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.


"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau.
 Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...
?????????
LU Pk La Sendiri..Hahahaha...

Monday, December 19, 2011

Perkongsian Bersama : Balasan Bagi Orang Yang Meringankan Beban orang Lain.

  Maksud Hadis Rasulullah S.A.W :
 
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda :
" Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat.
Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat.
Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim,pasti Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak.
Allah pasti akan menolong hambanya sebagaimana hambanya berusaha menolong saudaranya..."
 
(Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim) 
 
 
Pengajaran Hadis :
  • Kelebihan membantu melepaskan kesusahan orang beriman, sama ada pada anggota badan mahupun harta mereka,adalah antara sebab untuk selamat daripada bebanan di hari kiamat.
  • Sesiapa yang meringankan beban orang lain, lebih-lebih lagi orang yang berada dalam kesusahan,Allah s.w.t akan memberikan DUA BALASAN kepadanya iaitu KEMUDAHAN DI DUNIA dan KEMUDAHAN DI AKHIRAT. Ini adalah janji Allah dan Rasul-Nya.
  • Allah s.w.t akan menolong orang yang membantu seseorang yang lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
  • Dalam hubungan kita sesama saudara yang lain kita perlu sentiasa menutup keaibannya. Sudah pasti sebagai balasannya Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak.
  • Janganlah kita mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan orang lain.
  • Realiti hidup masyarakat pada hari ni, kebanyakan mereka lebih suka untuk menjatuhkan orang lain dan mementingkan diri sendiri daripada sama-sama membantu untuk mencapai kejayaan.
 
**sekarang ni lagi ramai yang suka buka aib orang dari tutup aib orang....
 
(Cedokan dari Laman Tafaqquh BMMB)
 
 

Friday, December 16, 2011

Perkongsian Bersama : Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya :
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Kakak Laki-lakinya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s: Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) ............ ......... ......... . .........
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/kakak atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Untuk direnungkan....