Wednesday, January 2, 2013

Post d tahun baru!

Happy new year..

ok..shma nak story pasal penutup 2012..apa aktiviti yang kami sefamily (shma,mr cool&harith) buat.

30hb - company shma ada organize family day yang berlangsung d Zaini Guest House, Janda Baik..peserta perlu ada dekat situ pukul 8 pagi.
Oleh kerana kelam kabut sebab air takde pulak pagi tu..pukul 8pg br kami bertolak...dgn nak isi minyak lg..dlm pukul 9 baru kami sampai ke destinasi.Nasib baik acara tak mula lagi.

Acara habis dalam pukul 1 lebih..kitorang terus bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah.Kalau ikut plan awal nak jelajah (Kuantan sampai Dungun..nak jenguk tmpt study/studo)..tp disebabkan takut banjir..terpaksa batalkan niat murni tu...maybe next time ler...

Alhamdulillah..percutian kami dipermudahkan..tanpa booking kami dapat hotel dengan harga yang berbaloi2..Everly Resort Hotel..dalam pukul 6 lebih kami check in..

Antara faktor kami ke Melaka sebab nak makan ikan bakar, coconut shake & asam pedas.

Malam tu mr cool check papago...dan ada kedai ikan bakar yang berdekatan dengan hotel..Ikan Bakar Tanjung Kling..dekat dengan laut..percubaan kami makan kat situ berbaloi la sbb sedap...

31hb-pukul 12 check out terus kami menuju ke stall klebang coconut shake..dalam 5 minit perjalanan dari hotel. Satu bekas rm2.50..ok ler tu..sedap pun sedap..mission completed.

Then, mr cool check papago utk cari kedai asam pedas terbaik..so diorang suggest Restoran Asam Pedas Selera Kampung..dekat je dengan makhota parade. Dah masuk and makan kat kedai tu baru perasan restoran ni pernah masuk JJCM & Singgah Sahur.
Komen caye...memanggg sedapppp..terbaikkk..boleh dtg lg next time yehhh..

Lepas tu kami pun singgah dekat deretan kedai yang berada depan restoran tu..beli ler cenderahati berdikit2..borong belacan..baju harith..dan berdesup balik ke kl..

Sebelum tu singgah seremban hantar belacan kat omak den..konon2 lepas tu nak mandi manda pulak dekat bagan lalang..oleh kerana tgk jam mcm dah kesuntukan masa..terus jelah balik kl..smpai kl pukul 7 lebih..

1hb-hari ni memang plan untuk masak sedap2 utk my tayam..almaklum ler jarang masak kan..lepas dah kemas rumah sikit n basuh baju..kami ke tesco beli brg2 nak masak...menu nya..ayam bbq,sotong sambal,sayur campur n ayor cincau..

So,mission saat terakhir utk sambutan new year completed dgn successfully nya and will be as moment to cherish..

No comments:

Post a Comment